MISI BANTUAN KEMANUSIAAN SYRIA 2014
BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK
YAYASAN KUBRA
Yayasan Kubra sekali lagi mengorak langkah menjangkau sempadan menghulur bantuan dan persaudaraan sebagai suatu wadah warga negara Malaysia menghulur bantuan kemanusiaan.
Di mana umat Islam berada ketika ada
saudara seakidah kita menderita
saudara seakidah kita menderita
Insan mana yang tidak menitiskan air mata melihat anak-anak, wanita dan warga emas hidup berhadapan dengan seksaan, ketakutan, kesengsaraan dan kematian? Jiwa mana tidak menangis melihat penderitaan dan tragedi kemusnahan yang seolah-olah tidak dipedulikan oleh masyarakat dunia?
Lebih 135,000 rakyat Syria telah terbunuh menjadi mangsa kerakusan rejim Syiah pemerintahan Basshar Assad. Lebih 2,300,000 lagi terpaksa menjadi pelarian di negara luar. Bahkan menurut IDMC (Internally Displacement Monitoring Center - Pusat Pemantauan Pelarian Dalam Negeri) kini sejumlah rakyat Syria terpaksa menjadi pelarian di bumi sendiri. Misi ini bertujuan mengumpul dana dari Rakyat Malaysia untuk membantu saudara-saudara kita yang sedang ditindas oleh syiah di Syria. Misi ini mungkin berbeza dgn sebahagian misi yang lainnya kerana dana yang berjaya dikumpul dari org awam akan digunakan sepenuhnya untuk muslim Syria dimana kos untuk sukarelawan ditanggung sendiri oleh sukarelawan.
Objektif Kami
Misi bantuan kemanusiaaan Syria ini yang berasaskan ihsan dan kasih-sayang sesama muslim mempunyai objektif seperti berikut:
1. Memberi kesedaran kepada rakyat malaysia mengenai apa yang sebenarnya berlaku di Syria dan keperluan rakyat Syria demi membantu mereka dari sudut harta benda dan politik mereka;
2. Mewujudkan satu alternatif untuk rakyat malaysia menyampaikan apa yang mereka mampu kepada saudara kita yang memerlukan bantuan di Syria;
3. Mengumpul Dana dari individu/syarikat-syarikat berupa sedekah zakat dan sebagainya;
4. Mengukuhkan hubungan serta persahabatan serta meningkatkan kerjasama dengan rakan Pertubuhan Kemanusiaan yang berada di Syria;
5. Inisiatif turut didokong dan disertai oleh beberapa NGO seperti Yayasan Khalid A-Walid Jordan dan Tangisan Di Bumi Syria.
JAWATANKUASA MISI BANTUAN
PENAUNG : Tuan Haji Ar. Mohd Amin bin Hashim
Pengarah & Ketua Delegasi : Abdullah Hanif bin Hj Hassan
Timbalan Pengarah : Muhammad Hamdi bin Hj Ahmad
Setiausaha : Ramizal bin Rozlan
Bendahari : Mohd Fairuz bin Abdullah Shahom
Lajnah Perubatan : Dr. Feizal bin Hj Fakuruddin
Lajnah Perhubungan Jordan : Ahmad Luth bin Hj Abdul Kudus
Lajnah Publisiti : Hj Mohd Aiman bin Hj Mohd Amin
: Syazwan Naimnor bin Norazmi
: Syahril Nizar bin Nasir
: Mohd Hafiz bin Omar
Lajnah Perbekalan : Juraimi bin Omar
: Izzuddin bin Abdul Kudus
(Tanggungjawab) Seorang pelarian membesarkan
anak dalam keadaan serba kekurangan
anak dalam keadaan serba kekurangan
TENAGA KERJA
1. Sukarelawan Yayasan Kubra;
2. Wakil dari organisasi-organisasi dan syarikat-syarikat penyumbang dana;
3. Sukarelawan Persatuan Pelajar Malaysia Jordan; dan
4. Sukarelawan warga Jordan.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke:
Tabung Pendidikan Dan Kebajikan Yayasan Kubra
14023010012816 (Bank Islam Malaysia Berhad)
14023010012816 (Bank Islam Malaysia Berhad)
Yayasan Kubra (225203W)
No. 26 Jalan Bandar 3, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel: +6019 3363566 (Ustaz Hanif ) atau +6019 9343374 (Ustaz Hamdi) atau terus ke akaun
Sebagai rekod kami sila fax salinan slip pembayaran anda ke: