Assalamualaikum WBT
Sejak penubuhannya secara rasmi pada tahun 1998, melalui pengurusan di bawah Yayasan Kubra kami telah berjaya dan diberi kepercayaan menjayakan program penajaan madrasah, pembinaan Masjid serta ibadah korban diseluruh tanah jajahan kerajaan Kemboja bagi meringan dan penambah baikan taraf kehidupan masyarakat Islam di Kemboja.
Melalui program ini fakir miskin dan rakyat negara Kemboja yang beragama Islam dapat diselamatkan dari misi dakyah pelbagai pihak untuk memesong akidah mereka. Bagi tujuan pelaksanaan ini, Yayasan Kubra yang mewakili rakyat Malaysia telah memainkan peranan yang cukup aktif dalam melaksana program-program melalui dana dan bantuan dari sumbangan umat Islam dalam negara.
Kami berasa bersyukur dan amat berterima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang telah dan akan dihulurkan rakyat Malaysia saban hari demi kesejahteraan umat Islam di negara Kemboja. Wallahua'lam,
Sekian, Terima Kasih,
Yang Berusaha,
Presiden
(Yayasan Kubra Malaysia)
(Yayasan Kubra Malaysia)