Misi Bimbingan, Bantuan Kemanusiaan Dan Ibadah Korban Umat Islam Kemboja 1439H / 2018
Rakaman delegasi CENSERVE IIUM 2012 dengan kerjasama,
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali ‘Imran: 92)
Rakaman delegasi CENSERVE IIUM 2012 dengan kerjasama,
Ketua delegasi dari Yayasan Kubra, Prof. Dr. Hamzah Bin Mohd Salleh
(Director of Advanced for engineering, innovation centre, IIUM)
Yayasan Kubra ditubuhkan sebagai wadah umat Islam di Malaysia membantu dan menyampaikan bantuan kemanusiaan dalam dan di luar negara.
Di antara aktiviti program YAYASAN KUBRA adalah pembinaan umat Islam di Kemboja. Pelbagai program telah dilaksana sepanjang tahun sejak penubuhannya di awal 1998 telah banyak mengubah landskap ekonomi dan pendidikan umat Islam di sana.
Pelajar-pelajar cemerlang di bawah bimbingan YAYASAN KUBRA yang berjaya menamatkan pengajian dari Universiti luar dan IPTA tempatan pulang, dan dipertanggungjawabkan menggalas amanah, mendidik dan membimbing umat Islam di sana samada di peringkat Jabatan Mufti, masjid dan madrasah di seluruh negara Kemboja. Sekaligus merealisasikan impian dan matlamat program YAYASAN KUBRA.